Sejarah Treasure (kumpulan muzik)

2010–2018: Pengenalan

Junkyu, Yedam dan Jung-hwan memasuki industri hiburan sejak zaman kanak-kanak lagi. Junkyu bermula sebagai model iklan kanak-kanak untuk jenama terkenal Korea.[2] Yedam merakamkan lagu-lagu untuk iklan, rancangan animasi dan runut bunyi bersama-sama dengan ibu bapanya.[3] Beliau kemudiannya muncul dalam rancangan realiti kendalian SBS K-pop Star 2 pada tahun 2012, dan berjaya memperoleh naib juara di belakang rakan sesyarikat AKMU. Beliau kemudiannya menyertai syarikat rakaman YG Entertainment sebagai pelatih pada Jun 2013.[4] Junghwan mengambil bahagian kecil sebagai pelakon kanak-kanak dan seterusnya menyertai pasukan demonstrasi taekwondo K-Tigers, di mana beliau memenangi kejohanan bukan pertarungan.[5]

Pada Januari 2017, Mashiho muncul dalam video muzik AKMU, "오랜 날 오랜 밤 (LAST GOODBYE)" (makna: Hari yang Panjang, Malam yang Panjang [Selamat Tinggal Terakhir]).[6] Pada 29 Oktober 2017 hingga 26 Januari 2018, Hyunsuk dan Junkyu bersaing dalam rancangan kendalian jtbc, Mix Nine sebagai pelatih, dan masing-masing menduduki tempat ke-5 dan ke-35.[7] Dalam masa yang sama, pada 21 November 2018, Jihoon, Yedam dan Doyoung bersama-sama dengan pelatih yang lain muncul dalam rancangan kendalian Mnet, Stray Kids sebagai wakil pelatih bagi YG Entertainment.[8]

2018–2019: Prapenampilan sulung dan YG Treasure Box

Pada 17 November 2018, YG Entertainment (YGE) mendedahkan 29 orang pelatih melalui program YG Treasure Box (Bahasa Korea: YG 보석함) bagi membentuk suatu kumpulan muzik lelaki baru selepas penubuhan BIGBANG, Winner dan iKON.[9][10] Melalui peringkat akhir program itu, Haruto, Ye-dam, Jung-hwan dan Junkyu adalah yang terawal untuk menyertai barisan kumpulan pertama, diikuti oleh Jeong-woo, Jae-hyuk dan Hyun-suk di bawah nama "Treasure".[11][12] Pada 29 Januari 2019, suatu pengumuman bagi barisan kumpulan kedua dikeluarkan, yang kemudiannya mendedahkan Yoon-bin, Mashiho, Doyoung, Yoshinori, Jihoon dan Asahi di bawah "Magnum", di mana secara kolektifnya dua-dua kumpulan itu dinamakan sebagai "Treasure 13".[13][14] Walau bagaimanapun, pada 31 Disember 2019 Yoon-bin menamatkan kontraknya bersama YGE untuk meneruskan laluan muzikal berbeza yang lebih terarah kepada kerjaya solo. Akhirnya, kedua-dua kumpulan tersebut digabungkan secara kekal dan kini dikenali sebagai Treasure.[15]

Rujukan

WikiPedia: Treasure (kumpulan muzik) http://sports.donga.com/3/all/20190128/93887897/1 http://www.iksannews.com/default/article_print.htm... http://www.newsen.com/news_view.php?uid=2020010609... http://www.xportsnews.com/?ac=article_view&entry_i... http://osen.mt.co.kr/article/G1110801757 http://star.mt.co.kr/stview.php?no=201711221430526... http://www.mydaily.co.kr/new_yk/html/read.php?news... http://www.osen.co.kr/article/G1110993162 http://etv.sbs.co.kr/news/news_content.jsp?article... http://www.spotvnews.co.kr/?mod=news&act=articleVi...